Saturday, March 27, 2010

Itinery Kelantan Bike Week

Pendaftaran: 3 April di Stadium Sultan Mohd KeIV Kota Bharu.

4 April:


9.00 pagi semua biker mengambil tempat di Stadium
9.30 pagi Charity Ride. Flag off di Stadium oleh Tuan Guru MB Kelantan atau Pemangku Sultan Kelantan.

12.45 maka Tengahari di Pantai Irama Bachok - Persembahan Kebudayaan.
4.00 ptg -Sukan Bermotosikal di Stadium Kota Bharu

8.30 malam - Grand Dinner bersama MB di Gelangang Seni, Kota Bharu.
9.00 malam - 50 cabutan bertuah

12.00 Cabutan Bertuah Motosikal NAZA GTR Baru & Cincin Emas Kelantan Tulin

Saturday, March 13, 2010

13 March Mesyuarat KBW Di Syam Restoran

20 Hari Lagi

Berek 12 , 13 March:

15 AJK Kelantan Bike Week Telah hadir pada Mesyuarat Khas KBW. Semua agenda penting dibentangkan semalam untuk dibawa ke Mesyuarat Peringkat Negeri yang akan di Pengerusi EXCO Pelancongan & Kebudayaan serta semua Jabatan Kerajaan yang terlibat.

Amat malang masih ada 3 Orang AJK Penting yang tidak hadir ( tidak bersebab), pada hal mereka lah yang bersungguh-sungguh pada peringkat awal. Mereka sudah lelah pada saat akhir, alangkah malangnya mereka ini.

Namun 15 Orang AJK yang hadir kelihatan penuh semaangat waja dan harus di salute pada mereka-meraka ini - Mesyuarat tamat jam 11.30 malam. Syabas

Mesyuarat AJK bersama Kerajaan Negeri 18 March ini di TIC

Wednesday, March 10, 2010

Promosi KBW Jumaat 12 March 5 ptg -Pantai Irama

Sila datang beramai-ramai

Pendaftaran Terbuka Besok Jam 5 petang

Di: Pantai Irama, Bachok

Jumpa Disana nanti

10 March Mesyuarat Kel Biker Dengan TIC dan Dato Takiyuddin Hassan

Kota Bharu 10 March 2010

Seramai 14 Orang AJK Induk KBW telah mengadakan Mesyuarat Di Dewan Mesyuarat Pelancongan Negeri Kelantan -TIC.
Mesyuarat diPengerusi Oleh: YB Dato Takiyuddin Hassan, selaku Pengerusi Peringkat Negeri Kelantan KBW, beliau juga selaku EXCO Pelancongan & Kebudyaan Negeri Kelantan Darulnaim.
Turut Hadir: Pengerusi TIC Negeri Kelantan En Shukry dan 10 AJK Induk KBW

Antara Keputusan Mesyuarat AJK Induk KBW 2010


1. Menteri Besar Kelantan setuju untuk Taja Makan Malam Kepada KBW pada 4 April
2. Dato Takiyuddin Hassan, EXCO PK Setuju Menaja Sebuah Motosikal GTR 170 untuk Hadiah Utama KBW pada Jamuan Makan Malam.
3. Kerajaan Kelantan Akan Taja Makan Tengahari kepada semua Bikers di Pantai Irama Bachok.
4. AJK BKW Setuju untuk memberi 50 hadiah cabutan bertuah pada makan malam, antara hadiah menarik topi keledar, Jaket Kulit, Bag Tali Paiggang, Bag Belakang, Jam Tangan, Cincin Emas Tulin ( Tajaan Dr Nik Omar )dan lain-lain lagi.
5. AJK Akan Bagi 2 Helai Baju T untuk Grand Dinner dan satu helai Baju untuk Ride


Mesyuarat Peringkat KBW Negeri Kelantan di TIC pada 18 March 2010


Wakil Jabatan Yang Di Akan Hadir:


YB Dato Takiyuddin Hassan, Pengerusi KBW
Yang Berbahagia Dr Nik Omar
Timbalan Pengerusi 1 Tuan Haji Shafie Hj Ismail
Setiausaha En Ahmad Shukry bin Ismail Pengerusi TIC Kelantan

AJK
Yang Dipertua MPKB-BRI
Yang Berbahagia Ketua polis Daerah Kota Bharu
Pengarah JPJ Negeri Kelantan
Pengarah Imigresen Kelantan
Pengarah Belia dan Sukan Negeri Kelantan
Pengrah Kastam Di Raja Kelantan
Pengarah Tourism Kelantan
Pengarah Hospital Besar Kota Bharu
Semua AJK Kelantan Bike Weeks

Sunday, March 7, 2010

Dataran Kuala Besut 'Mengaum' Promosi KBW


Petikan Sinar Harian: 7 hb March 2010

Dataran Kuala Besut ‘mengaum’


KUALA BESUT - Lebih 100 pemilik motosikal berkuasa tinggi pelbagai jenis termasuk dari Kelantan berhimpun menjayakan Program Silaturahim 2009, anjuran Kelab Besut Bikers (BBC) di Dataran Kuala Besut, di sini.

Kehadiran pemilik motosikal dari seluruh negeri itu bertujuan merapatkan hubungan antara peminat motosikal berkuasa tinggi, selain berbincang mengenai perancangan program permotoran berkuasa tinggi sepanjang 2010.

Pengerusi BBC, Nik Shamsuddin Nik Sulaiman berkata, agenda utama pertemuan beberapa kelab motosikal dari dua negeri itu adalah menyelaraskan pertemuan lebih besar yang dirancang diadakan sepanjang tahun ini oleh semua kelab terbabit.

“Kelab yang hadir dalam pertemuan ini adalah Kelantan Bikers dan Terengganu Bikers, sementara program besar dirancang sepanjang tahun ini, antaranya Kenali Besut, Kelantan Bikers Week, Terengganu Bikers Week serta Eastcoast Bikers Week,” katanya.

Hadir sama pada program berkenaan, Penyelaras Program Kelantan Bikers, Dr Nik Omar Nik Daud dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Terengganu Bikers, Ramdan Mamat.

Nik Shamsuddin berkata, ada antara program itu akan membabitkan kehadiran pemilik motosikal berkuasa tinggi dari luar negara seperti Brunei dan Singapura.

Menurutnya, pertemuan itu julung kali diadakan di Dataran Kuala Besut dengan konsep santai, sementara motosikal pula dikumpulkan di satu tempat.

Pada pertemuan itu juga, pemilik kenderaan tidak melepaskan peluang berkenalan dengan ahli kelab bermotor yang lain dan bertukar pandangan mengenai motosikal masing-masing bagi mengeratkan hubungan.

Thursday, March 4, 2010

Ride Ke Besut Dalam Rangka Promosi Kelantan Bike Week -Utusan Malaysia 5 March









Sebahagian penunggang motosikal kuasa tinggi yang menyertai ekspedisi Kota Bharu - Besut Sempena Minggu Kleantan Bike di Kota Bharu, baru-baru ini.


100 penunggang sertai Minggu Kelantan Bike


KOTA BHARU 4 Mac
- Lebih 100 buah motosikal berkuasa tinggi menyertai program promosi Minggu Kelantan Bike ke Besut, Terengganu yang dianjurkan oleh Kelab Kelantan Bikers di Kubang Kerian di sini, kelmarin.

Ia merupakan salah satu program yang disusun bagi mempromosikan pelancongan negeri ini di Terengganu dan Pahang.

Program itu juga akan diteruskan ke Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis sempena pelancaran Minggu Kelantan Bike pada 3 dan 4 April depan di sini.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa kelab tersebut, Ambri Khailani Zain berkata, selain daripada memperkenalkan negeri ini, menunggang motosikal juga dapat mengurangkan tekanan seharian.

Katanya, idea tersebut muncul selepas mereka beberapa kali melakukan konvoi ke beberapa tempat bersama-sama ahli kelab yang lain.

"Menunggang motosikal berkuasa tinggi, mampu mengurangkan tekanan yang dialami ketika bekerja.

"Di samping menunggang kita juga dapat memberikan sumbangan kepada negeri ini untuk menarik lebih ramai pelancong seterusnya membantu penduduk setempat mendapatkan pendapatan tambahan," katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, ekspedisi tersebut juga diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli kelab.

Sementara itu, Ambri Khailani yang juga pengarah filem Black Maria memberitahu, di jajahan Kota Bharu sahaja terdapat lebih 200 peminat yang mempunyai motosikal berkuasa tinggi berharga antara RM160,000 hingga RM 280,000.

Katanya, walaupun terpaksa membelanjakan antara RM5,000 hingga RM10,000 apabila berlaku kerosakan, tetapi ia tidak menjadi masalah untuk kepuasan sendiri.

Petikan Dari Berita Utusan Malaysia Online 5 March 2010
Sila baca terus dari laman Utusan Malaysia online, alamat dibawah

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg

Tuesday, March 2, 2010

2 March - Promosi Kelantan Bike Week

Hari in 2 March
Kelantan Bike Week ada Promosi Pendafatran Ahli KBW secara besar-besaran
Kita adakan 3 tempat pada jam 9.00 malam ini
1. Dengan Rock Rider - Pengakalan Chepa
2. Dengan PMBC di Bulanatn Pasir Pekan
3. Dengan KBC di Biker Cafe, Kota Bharu.

Semua bikers, sila pilih tempat yang paling sesuai dengan anda, kami akan pergi untuk membuat pendafatran secara roadshow kbw


13 - 15 Febuary Promosi KBW di Pattaya, Thailand.

Seramai 6 Biker kita diketuai oleh Cik Gu Mat, Cik Gu Mindan 4 biker lain telah pergi ke Burapa Pattaya Bike Week untuk promosi KBW disana , kita memberi 6 helai baju promosi KBW disana. President Thai Biker di Pattaya sendiri yang membuat announcement Jemputan Semua Thai Biker ke Kelantan. Dijangka 300 bikers Thailand akan datang.

26 - 27 Febuary: Rock Rider Promosi KBW di Penang

Seramai 20 orang Kel Bikers dari Group Rock Rider, Pengkalan Chepa telah pergi ke Pulau Pinang untuk mempromosi KBW. Mereka berjumpa dengan Presiden dan ahli Kelab Motosikal di Pulau Pinang dan Kedah dan mereka Presiden mereka Cikiong memberi jaminan mereka akan datang.