Monday, December 14, 2009

Sumbangan majalah Kapcai Logo Kelantan Bike Week Yang Akan Di Muat Kedalam Majalah KeluaranAkan Datang , Jangan Lepaskan Peluang Beli Majalah Kapcai



Terima kasih

Arafat

Majalah Kapcai Support Kelantan Bike Week 2010

Berikut adalah Surat Menyurat Antara pengerusi KBW & Wakil Majalah Kapcai

2009/11/12 Homeopathy Malaysia

Assalamualaikum wbrt.

Kepada
Yang Dihurmati
Ghani Arafatz

Untuk makluman saudara bahawa pada

3, 4 April 2010
Kelantan Bikers akan menganjurkan

4th Kelantan Bike Week
&
1st Asean Biker Gathering 2010

Bertempat di Stadium Sultan Mohammad Ke IV, Kota Bharu, Kelantan.

Acara ini dianggap terbesar dianjurkan oleh Kelantan Bikers untuk tahun 2010
Oleh itu kami sangat-sangat mengharapa bantaun tuan untuk memasukkan cerita
ini dalam Majalah tuan untuk memaklumkan kepada semua bikers.

Kelantan Bike Week terbuka kepada semua brother bikers dari semua jenis bike
dan semua group, sama ada berkumpulan atau individu, kami mengalu-alukan
anad semua

ke 4th kelantan Bike Week 3, 4 April 2010.

Bagi bikers yang belum pernah ke Kelantan, inilah peluang yang paling baik
untuk bersama-sama memeriahkan sukan bermotosikal serta menjelajah Negeri
Kelantan Darulnaim, Tanah Serendah Sekebun Bunga.

Selepas ke Kelantan BIke Week para peserta bebas untuk melawat pula Pulau-Pulau terindah
di Pantaiu Timur iaitu Pulau Perhentian dan Pulau Redang, hanya 40 minit perjalanan dari Kota Bharu
ke Kuala Besut.


Untuk keterangan lanjut, sila layari

http://kelantan-bikers.blogspot.com
E Mail kami: fahom2009@hotmail.com

Attach beberapa keping foto AJK Kelantan Bike Week.

Salam hurmat dari saya

Abang Nik





--------------------------------------------------------------------------------
Date: Thu, 12 Nov 2009 12:04:31 +0800
Subject: Re: 4th kelantan Bike Week 2010
From: ghaniarafatz@gmail.com
To: fahom2009@hotmail.com


Salam Bro Nik yang jugak dihurmati,
Okay, gua sapot ini event, dan gua harap pehak Kelantan Bikers buleh bikin satu poster,
siap dengan segala info tentang event tuh. Bila dah siap poster tuh, send kat gua poster tuh.

Saiz yang gua perlukan adalah :

20.5 cm x 27.5 cm (ini saiz majalah Kapcai)

Nanti, gua akan masokkan iklan /poster tuh dalam majalah Kapcai untok isu bulan Feb dan Mac 2010.
Poster / Iklan tuh kami tak charge, cuma mintak jasa baik Bro supaya sediakan satu booth / Khemah untok tim Kapcai
lepak kat sana...nak jual merchandise dan pameran sikit2 hehe...jadinya, kita bikin sistem barter la nih...Buleh kan?

Okay, Kapcai pon sudah amat - terlalu - lama tak pegi Kelantan...Inshaallah kami akan promot event ni sehebat mungkin.
Rock N Ride Terus bersama Kapcai !

::GhaniArafatz::

Banyak Lagi Kelab Motosikal Dari Brunei Akan Hadir di Kelantan Bike Week 2010

Kita jangka tidak kurang dari 100 biji motosikal dari berbagai kelab di Brunei Darussalam Akan menyertai 1st Asean Bike Gathering di Kelantan Bike Week 3, 4 April 2010.

DIJANGKA JUMLAH NEGARA DAN PESERTA
Yang Akan Menyertai Kelantan Bike Week 2010


Brunei: 100 buah motosikal
Thailand: 200 biji
Singapore: 120 biji
Indonesia 40 biji
Kemboja 10 biji
Laos: 10 biji
Vietnam: 7 biji
Phillipine: 30 biji
Kelantan Bikers: 300 biji
Harley Owner group Kuala Lumpur: 100 biji
Johor Bikers: 100 biji
Penang: 100 biji
Melaka: 80 biji
Negeri sembilan: 70 biji
Perak: 120 biji
Trengganu: 100 biji
Kedah: 75 biji
Perlis: 20 biji
Pahang: 80 biji
Sabah: 50 biji
Sarawak: 50 biji.


Bravo
Ride & Rock

Yamaha Star Riders dari Brunei Juga Akan Turut Serta Dalam Kelantan Bike Week

RE: Kelantan Bike Festival 2010.‏
From: zai md (zaias_71@hotmail.com)
Sent: Monday, 14 Dec, 2009 2: 15 PM
To: fahom2009@hotmail.com


Wsalam Dr Nik,

Saya menerima Surat jemputan Tuan bagi acara KBF 2009.
Saya sangat berbesar hati dan berterima kasih diatas jemputan tersebut. Memang telah menjadi hasrat dan cita cita kami di Brunei untuk dapat menunggang motosikal di Semananjung Malaysia dan juga Kelantan.
Insyaallah jika semua yang dirancang berjalan dengan lancar kami akan berkunjong ke Kelantan April ini.
Untok makluman Dr. di Brunei ada terdapat beberapa buah Persatuan Motosikal yang sah berdaftar dengan kerajaan, ada ada juga kumpulan2 atau kelab kecil yang tidak berdaftar akan tetapi aktif membuat aktibiti riding dsb.

Bagi program yang saya dan kawan kawan rancang ini adalah bagi Yamaha Star Rider saja, ia itu penunggang Yamaha jenis Star seperti Dragstar, V Star, Roadstar, Roadliner dan Raider S dan V Max. Dan kami di support olih BM Supply Motor Sdn Bhd ia itu agent menjual motosikal di Brunei Darussalam.
Saya juga dengar yang ada persatuan motosikal lain pun berminat untuk mengikuti acara KBF2009. Insyaallah saya akan sampaikan kepada mereka mengenai program KBF2009.

Sekian Terima Kasih

Yang Benar
Asmali Hj Mohamad

--------------------------------------------------------------------------------
From: fahom2009@hotmail.com
To: zaias_71@hotmail.com
Subject: RE: Kelantan Bike Festival 2010.
Date: Mon, 14 Dec 2009 00:19:39 +0800

Kepada

Yang Berbahgai Tuan Asmali Hj Mohamad
BM Supply Motor Sdn Bhd
Brunei darulsallam

Tuan

Per: Jemputan Rasmi ke 4th kelantan Bike Weeks &
1st Asean Bike Gathering di Kelantan Darulnaim pada 3, 4 April 2010

Sukacita saya menjemput tuan serta ahli-ahli dari Persatuan tuan untuk menyertai
4th kelantan Bike Week & 1st Asean Bike Gathering pada 3 & 4 April 2010
bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV di kota Bharu, kelantan.

Adalah satu lembaran baru persahabat Malaysia khusunya Kelantan & Brunei dapat dijalin
dengan Majlis Bike Gathering ini.

Oleh itu saya bagi pihak jawatakuasa KBW amat bernbangga dan berbesar hati sekiranya
pihak persatuan tuan dan juga semua ahli kelab motodsikal Brunei darussallam dapat datang
ke festival yang julong-julong kali diadakan sempena pada majlis
Keputeraan DYMM Al Sultan Kelantan pada 30 & 31 marc 2010.

Kami menunggu kedatangan rombongan tuan

Sementara itu tuan boleh lawat laman kami

http://kelantan-bikers.xaper.com
atau
http://kelantan-bikers.blogspot.com

Kami akan hubungi tuan lagi akan datang.

Saya menunggu tuan di Kota Bharu April 2010

Saya yang benar,

Prof Dr Nik Omar
Pengerusi KBW 2010.





--------------------------------------------------------------------------------
From: zaias_71@hotmail.com
To: fahom2009@hotmail.com
Subject: Kelantan Bike Festival 2010.
Date: Tue, 8 Dec 2009 16:34:34 +1200

Assalammualaikum

Terlebih dahulu saya kenalkan diri saya, nama Asmali Hj Mohamad dari Brunei Darussalam.
Saya ada terbaca dalam website yang Kelantan akan adakan Bike Week 2010 pada 3 dan 4 April 2009.
Saya ada lah salah seorang pengunggang motosikal besar di Brunei Darussalam. Saya selalu buat program untuk Yamaha owners di Brunei ekspedisi ke Sabah dan Sarawak. (Baru saja pulang hadiri Sabah Bike Festival 2009 4-6 Disember 2009)
Kebetulan saya ada rancang nak buat trip jelajah semananjung Malaysia pada bulan April 2010.(Dalam 20 buah) Mungkin dalam seminggu dua ini saya dah nak mulakan meeting dengan peserta2 dan sponsors.
Jika semua setuju saya teringin juga nak join your festival. Kalau tidak keberatan boleh tak hantar fax atau email jemputan kepada kami, supaya senang berurusan dengan pihak disini.

Kepada

BM Supply Motor Sdn Bhd
Beribi Gadong
Negara Brunei Darussalam.

Perhatian
Asmali Hj Mohamad
6738717172 (Hp)
0128710771 (Msian Line - sms only)

Sekian lah sahaja dan saya harap akan mendapat berita dari Kelantan.

Terima Kasih

Asmali Hj Mohamad.

Ahli-Ahli PEMODA Brunei Bikers Akan Ride di Kelantan Pada 3, 4 April 2010



Foto Sebahagian dari ahli-ahli PEMODA Brunei Darussalam ( Brunei Bikers) akan datang ke 4th kelantan Bike Weeks.
Persahabatan Antara Brunei Darussalam & kelantan Darulnaim
Udah Terjalin Sejak Sekian Lama
Hubungan Persaudaraan Dua Negara Malaysia-Brunei
Melalui Kelantan Bike Week
Akan Mengeratkan Hubungan Yang Sedia Ada.
Selamat datang !

Dari
Dr Nik Omar
Pengerusi Kelantan Bike Week 2010

Bikers Brunei Darulsallam Akan datang Ke KBW 2010




Asalamualaikum Prof,

Saya Pg Hj Redzuan Pg Hj Ahmad (Vice President Of PEMODA) Persatuan Motorsikal Darussalam. Saya tertarik untuk menyertai biker gathering yang Prof ajurkan. Insyaallah, kalau tidak ada halangan PEMODA akan menghantar wakil untuk menghadiri gahering tersebut. Dipohonkan kepada Prof untuk membuat jemputan khusus bagi PEMODA melalui email (jika tidak keberatan). Untuk mengenali PEMODA layari pemoda.wordpress.com

dar
Pg Hj Redzuan.

AJK Kelantan Bike weeks & 1st Asean Bike Gathering
Mengalu-alukan Kedatangan Ahli PEMODA Brunei.
Selamat datang ke Kelantan, Malaysia.
Pada 3-4 April 2010

Monday, November 30, 2009

Thursday, November 19, 2009

HOG Malaysia Mengembara Ke Pulau Pinang 20 - 23 Nov 2009

Kuala Lumpur 20 Nov 2009

Ahli HOG Kuala Lumpur akan Ride To Penang pada 20 - 23 Nov 2009
Jam 5.30 pendaftran di HDKL
Jam 6.30 mula bergerak ke Penang.

Dijangka 70 HOG members akan hadir.

Abang Nik ikut serta.

Keputusan UPSR 2009 Memuaskan

Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan 20 Nov 2009

Sekolah kebangsaan Gelang Mas telah mencatit keputusan UPSR yang agak cemerlang pada tahun 2009 dimana pada hari ini keputusan peperiksaan UPSR bagi SKGM telah memperoleh 13 orang Grad 5A. Satu pencapaian yang agak membanggakan bagi sebuah Sekolah diluar bandar.

Tahniah kepada Guru-Guru dan Murid Sekolah kebangsaan Gelang Mas.
Seperti yang dijanjikan Dr Nik Omar akan memberi hadiah setiap pelajar 5A RM 200.00 setiap seorang - tahniah.

Dari Dr Nik Omar, Ahli PIBG SKGM

Kembara Johor - Padang Ke Kelantan Pada 19 Nov 2009

Kota Bharu 20 Nov 2009

Seramai 70 buah motosikal kuasa tinggi telah datang ke Kelantan pada pagi ini. Mereka disambut oleh 10 buah Kelantan Bikers yang tunggu kedatangan mereka di Besut.
Rombongan Kelab Motosikal Besar Johor ini diketua oleh Hajim Rahim atau lebih dikenali sebagai Haji Rock, seorang Presiden kelab Biker Johor yang agak aktif dan masih kuat semangat kembara.

Romobongan Kembara Johor-Padang ini adalah dalam rangka Charity Ride untuk mengutip Derma Mangsa Gemnpa Bumi di padang, Indonesia.

Selepas makan tengahari yang ditaja oleh Jabatan Belia Negeri kelantan, mereka terus kan kembara ke Perlis.
Dalam ucapan alu-alaun Tuan Haji Mahtar, Timbalan pengarah Belia Dan Sukan Kelantan telah memuji semangat Biker Johor.
Ucapan juga disampaikan oleh Pengerusi Kelantan Bikers Dr Nik Omar serta Preiden Kelab Motosikal Johor.

Semuga semangat persahabat Antara Johor - kelantan kekal.
Biker Johor menjemput untuk Johor Biker Week pada 26, 27 dan 28 Desember 2009 di Johor Baharu.

Sementara Pengerus Kelantan Bike Week memjemput Bikers Johor untuk datang menyertai Kelantan Bike Week 2010 di kelantan pada 3 & 4 April 2010.






Kota Bharu, Kelantan 20 Nov 2009

Mesyuarat Kelantan Bike Week 2010 Kali ke 4




Gelang Mas, Pasir Mas: 17 Nov 2009

Mesyuarat Pre kaunsel Kelantan Bike Week 2010 diadakan di Pejabat Pengerusi KBW Dr Nik Omar di gelang Mas pada hari ini jam 9.00 hingga 11.30 malam.
12 orang AJK KBW Hadir.
Pengerusi telah menjelaskan perkembang terakhr, sementara setiausaha telah membentangkan minit mesyuarat lepas serta mengatur perancangan untuk KBW

Wednesday, November 11, 2009

Iklan Dalam Buku Kelantan Bike Week 2010

Pasir Mas 12 Nov 2009

Sempena 4th kelantan Bike Week
Pada 3 & 4 hb April 2010

KEL BIKERS akan mengeluarkan Buku Cenderamata

Kelantan Bike Weeks 2010

Oleh itu kami menjemput para penaja untuk membantu
bagi Menaja Sebahgaian Program Tersebut Dengan
Menempah Ruangan Iklan Dalam Buku tersebut

Harga Iklan:

Muka Depan Dalam - (Warna) RM 3,000.00
Muka Belakang Sekali ( Warna) RM 4,000.00
Muka Belakang - Dalam ( Warna ) RM 3,000.00
Satu Muka Surat Dalam ( Warna ) RM 2,000.00
Setengah (1/2 Muka Surat Warna) RM 1,000.00
Satu Muka Surat Dalam Hitam Putih ( 1,000.00)
Setengah Muka Surat Dalam Hitam Putih( 1/2 Muka Surat ) RM 500.00

Semua tempahan hendaklah hantar sekarang atau sebelum 1hb Febuary 2010.
Semua tempahan mestilah dihantar bersama-sama
*
* Cek Pembayaran
* Bahan-Bahan Iklan

Semua bayaran hendaklah dibuat atas nama:

KEL BIKERS
No. 122 Taman Universiti, Gelang Mas, Meranti
17010 Pasir Mas, Kelantan.
Tel: 0199401915 ( Dr Nik Omar
Tel: 0199444420 ( Nik Badrul)
Web: http://kelantan-bikers.blogspot.com
E Mail: fahom2009@hotmail.com

Saturday, November 7, 2009

Pesta Banjir di kelantan Musim 2009 Bermula

Gelang Mas: 6, 7, 8 Nov 2009

Hujan yang tidak berhenti selama 3 hari berturut telah mengundang satu fasa pertama Banjir di kelantan khususnya di sekitar Pasir Mas, Gelang Mas.
Pada bulan Nov dan desember banjir ini dianggap routin.
Selamat datang banjir.
Fot sekitar rumah abang nik biasa begini, kita sudah sedia 3 bot kecil untuk pesta ini begini.


Perjumpaan Dengan Ketua Kelab CBX



Foto sebahagian Ahli-Ahli CBX

Rantau Panjang 5 Nov 2009
Berita dari Abang Nik { Wartawan bebas)

Jam tepat 9.00 pagi aku bersama Arripin RAMD sampai di Rantau panjang untuk bertemu dengan wakil Kelab CBX yang diketuai oleh 'Uncle' dan anak buah dia Captain dan Imran. Ini diatur oleh YB Kosim.
*
Sebaik aku sampai 3 orang ahli kembara kelab tersebut mula sampai di Restoran sebelah 7 Elevan dengan motosikal CBX mereka dan diikuti oleh Kosim, seorang ahli Kelantan Bike Week 2010.
*
Dalam percakapan , aku agak terkejut kerana ahli-ahli kelab tersebut panggil "Yang berhurmat" kepada Kosim ( Dalam otak aku terfikir, bila pula Kosim jadi wakil rakyat ?)
*
Termenung sekejap, Baru aku terlintas bahawa Kosim pernah bertanding piliharaya lepas atas tiket bebas, tapi kalah, sebab itulah dia orang panggil Kosim YB.
Heeem naik se'cekut pangkat Kosim.

Kembali kepada topik asal pertemuan, Kita menjemput ahli kelab CBX seramai 40 orang untuk hadir ke Kelantan Bike Week pada 3, 4 April,2010. Pada dasarnya President kelab tersebut 'Uncle" memberi jaminan akan hadir memeriahkan majlis kita.

sesiapa yang ingin tahun cerita lebih lanjut tentang kelab ini boleh layari laman
http://www.cbxclub.my

Ride For Gaza Melaka Bike Festival 2009

Melaka: 6-7-8 Nov., 2009

Kelantan Biker seramai 9 orang telah hadir di Pesta Bike Pertama di Melaka pada 6 hingga 8 Nov 2009.
Kelantan Biker telah mempromosi kelantan Bike Week 2010 dan telah membagi flyer kepada ketua kelab-kelab motosikal yang dijumpai pada Majlis tersebut.

selain rombongan Che Gu Min seramai 7 orang, adik nik Izzuddin serta Abang Nik turut hadir pada Majlis tersebut.




1st Melaka International Bike Festival 2009

9 Orang Wakil Kelantan Bikers telah menghadiri 1st International Bike Festival di Melaka pada 6, 7 & 8 Novemver 2009.

Ketua rombongan Che Gu Min dan rakan-rakan menghadiri pesta ini.
Walau pun dalam keadaan Kelantan Banjir, namun semangat Setiakawan dalam Bikers rombongan kelantan Bikers tetap hadir dimajlis ini.

Dalam foto: Adik Nik Izzuddin posing depan spandok Melaka Bike festival.
Sementara Foto bawah: Abang Nik bersama Yang Mulia Kerabat Di Raja Johor yang datang mencemar duli ke festival ini. Turut serta Presiden Melaka Biker Mr Hary.




Tuesday, November 3, 2009

Mobil Ride to Penang 1994

Abang Nik bersama 80 Bikers dari Seluroh Malaysia dalam Program Mobil Ride ke Penang. Foto bersama Allahyarham Pak Nik ( baju Puteh ZZR 1100 Hijau) adalah abang kepada Abang Nik. Pak Nik salah seorang 'orang lama' bikers dari Kelantan.
Foto Bawah: Dr Faridah bersama 750 dari KL.





AJK Kehurmat 4th kelantan Bike Week 3-4 April 2010

Penyertaan Semua Kelab Bikers di Kelantan Darulnaim

1. Pengerus 1: Prof Dr Nik Omar ( Abang Nik)
2. Pengerusi 2: Wan Azhan Wan Hamzah (Wan)
3. Naib Pengerusi 1: Ambri Khailani bin Mohd Zain ( La)
4. Naib Pengerusi 2: Mohd Rahimi bin Yunus (Che Gu Mi)
5. Setiausaha 1: Mohd Hanapiah bin Awang ( Che Gu Mat)
6. Setiausaha 2: Muhammad Afandi bin Yahya ( Che Gu Fendi)
7. Bendahari 1: Nik Badrul Hakim bin Hj Nik Omar
8. Bendahari 2: Ustaz Nik Adnan bin Nik Jaafar

Ahli Jawatankuasa:
1. Azman bin Mohd Nawi ( PMBC)
2. Roswadi bin Rajab (MBC)
3. Mohd Shofri bin Mahmood (TMBC)
4. Zaizul Yusmee bin Che Lah (KLCC)
5. Asmawi bin Md Noor ( Machang Bikers)
6. Mohamad bin Awnang Kecik (Abamg Mat)KBC
7. Isma Airfath bin Hassanuddin (Kosim) DFR
8. Shamshul Badri bin Shamsuddin (Mensu)Bullet
9. Wan Mohd Nizam bin Ashaari (KBBC)
10. Azihan bin Azi (KKBC)

Organiser / Event Management:
Kelantan Bikers
No.122 Taman Universiti, Gelang Mas, Meranti
17010 Pasir Mas, kelantan, Malaysia
Tel: 019 94440440
E Mail: fahom2009@hotmail.com

Kronoligi 4th Kelantan Bike Weeks 3 -4 April 2010


Kornoligi 4 th Kelantan Bike Week.

Penang Bike Week: Tercetusnya idea untuk mengadakan Kelantan Bike Week.

Pasir Mas: 16 Okt 2009
Perjumpaan Pertama untuk mengadakan Kelantan Bike Week bertempat di rumah Dr Nik Omar di Gelang Mas. Hadiri +-22 orang

30 Okt 2009 :

Perjumpaan Kedua untuk Kelantan Bike Week - Menyusun AJK Induk juga diadakan di gelang Mas. Hadir: -+ 25 orang dari hampir semua kelab bikers di Kelantan.

3 Nov 2009:
Perjumpaan Ke 3 Pre Council AJK Induk KBW di Pejabat Azman Mohd Nawi di Lubok Jong, Jalan Rantau Panjang. Menyusun AJK KBW

10 atau 11 Nov Mesyuarat AJK Induk KBW,juga di Lubok Jong akan diberitahu nanti..

Promosi Kelantan Bike Week Bermula

Sepanjang Oktober
* Abang Nik promote KBW di Kuala Lumpur.
* Kak Ros promosi di Golok dan Narathiwat
* Dan kawan-kawan kita yang lain telah pun hebahkan KBW dimerata tempat.
* Kita terima telipon tanya tentang KBW dari KL, Penang, Perak dan juga Johor.

6-7 hb Nov
Azman Mohd Nawi dengan 20 buah motor,akan promote KBW di Festival Motor di Dungun Trengganu

6 - 7 Nov
Che Gu Min, Ust Nik serta Abang Nik serta 7 lagi bikers akan ke Melaka untuk mempromosi KBW di Melaka Bike Week.

" Semua Ahli Main Peranan Memperomosi KBW "

Saturday, October 31, 2009

Aku bermimpi Jalan-Jalan Di Europah




Lost At Pattaya 20 Oct 2009

Bangkok 18 Okt 2009

Kami menaiki Air Asia dari Kuala Lumpur, sampai tak tau nak kemana, akhirnya sesat jalan sampai ke Pattaya. Jumpa Honda ini , kami naik, amat kecil untuk kami.


Malaysia RIde 2004

Dr Nik Omar & Haji Ramli at Koh Samui 1994

Nik Fairuz Di Phuket Bike week 2001















Abang Nik 1997 waktu jadi model untuk blog yahoo

Nik Lukman & Nik Omar Joy Ride 2000 From Kuala Lumpur to Bangkok 1,700 kilometers




Pendaftaran pertama Kelantan Bike Week pada 30 Okt 2009

Gelang Mas< Pasir Mas, kelantan 30 Oktober 2009

Hari pertama perdaftaran Kelantan Bike Week bermula di Gelang Mas. seramai 22 bikers telah pun daftar untuk mengikuti program yang julong-julong kali diadakan di Kelantan Darulnaim pada tahun 2010.

Bila saja disebut kelantan Bike Week akan diadakan, maka ramai yang mula beraksi mempromosikan lain-lain aktiviti seperti Phuket Bike Week, Cherating Festival, Haadyai Bike week dan lain-lain festival.

Kita akan tetap menganjurkan Kelantan Bike Week untuk mempromosikan Negeri Kelantan Darulnaim. Awal-awal lagi ada orang yang tidak yakin kebolehan bikers Kelantan, namun kita harus buktikan bahawa Kelantan Bikers mampu untuk mengajurkan Kelantan Bike weeks.

Lihat Siapa Setiakawan Dalam Kelantan Bikes Weeks.