Thursday, April 29, 2010

Image Phuket Bike Week 9 - 13 April 2010



Phuket Bike Week 9 - 13 April 2010, 500 Bikers Mengambil Bahagian








500 bikers mengambil bahagian di Phuket Bike Week. Kira-kira 100 bikers dari Malaysia hadir. 25 Biker dari Kelantan turut hadir.
Jika dibandingkan Kelantan Bike Week lagi ramai hadir 1,200 bikers. Kita kira sudah berjaya.

Thursday, April 22, 2010

Image KBW 2010




Pengerusi Bersama KBW Abang Nik Dan Dato Takiyuddin Hassan bersama Bikers dari Brunei




Lady biker dari Brunei

Foto-Foto KBW

Selama 2 hari Kaunter Pendaftaran KBW sibuk 1,000 orang daftar yang tidak daftar 200 hingga 300 datang hanya untuk ride sahaja.
Termasuk 30 group Yamaha Brunei datang untuk Ride Sahaja.




Wednesday, April 21, 2010

Foto-Fot KBW 2010




Peristiwa Bergambar Kelantan Bike Week 2010 3, 4 April

Flag Off By Tuan Guru Dato Hai Nik Abdul Aziz
Menteri Besar kelantan pada 4 April Jam 930 pagi




Saturday, April 10, 2010

Terima Kasih kepada Semua Bikers Yang Hadir KBW 2010

Seluroh Warna Kelantan Bikers mengucapkan Ribtaun terima kasih kepada semua Bikers yang hadir di 4th kelantan Bike Week 2010 di Kota Bharu yang baru lalu.

Terima Kasih Daun Keladi
Kalau ada kesempatan Tahun Hadapan Jumpa Lagi

dari
Abang Nik
Pengerusi Kel Bikers

Friday, April 9, 2010

Ucapan Tahniah Kepada AJK Kelantan Bike Week 2010

KBW 3, 4 April 2010 mencatit sejarah dalam Festival permotoran di Kelantan dimana kita dapat mengumpulkan 1200 bikers dari seluruh Malaysia, Singapura, Thailand, Pakistan, Argenita dan Brunei.

Lebih dari 50,000 pengunjung dan peminat motosikal telah berkumpul selama 2 hari di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV untuk melihat 1200 motosikal dari berbagai jenama menghiasi Bandar Islam Kota Bharu.

Festival kelantan Bike Week kali ini dianggap bersejarah dan berjaya.
Kami AJK Kelantan Bikers mengucapkan setinggi penghargaan kepada AJk Kelantan Bike Week, Kerajaan kelantan dan semua kaki tangan yang melibatkan diri bagi menjayakan Kelantan Bike Week 2010.

Bravo dan Tahniah dari
Abang Nik

Cabutan Bertuah Motosikal GTR Kelantan Bike Week 3, 4 April di Menangi Oleh Biker Mohd Fatihi Ismail

Kota Bharu: 4 April 2010

4 April jam 8.30 malam - Grand Dinner -GALA disediakan oleh AJK Kelantan Bike Weeks. Makan Malam di taja oleh Pusat Pelancongan Negeri Kelantan - TIC.

Makan Malam Yang Cukup Meriah dan Berprestij.

1000 Tetamu ( Bikers) hadir.

Antara tetamu Kehurmat:
1. YB Dato Takiyuddin Hassan, Exco Pelancongan & Kebudayaan
2. En Sukry pengerusi TIC kelantan
3. DO Bachok
4. YB Patah, EXCO Belia dan Sukan Negeri
5. Wakil Ketua Polis Kelantan
6. Wakil Kastam
7. Wakil MPKB dan lain-lain.

2 Cabutan Bertuah Yang Besar.

1. Cincin Emas Kelantan Di Menangi Oleh: Kluang Biker.
2. Motosikal GTR 170 Di memang Oleh: Mohd Fatihi Ismail, Ahli Kelab Motosikal Klassik Kelantan.

Saturday, March 27, 2010

Itinery Kelantan Bike Week

Pendaftaran: 3 April di Stadium Sultan Mohd KeIV Kota Bharu.

4 April:


9.00 pagi semua biker mengambil tempat di Stadium
9.30 pagi Charity Ride. Flag off di Stadium oleh Tuan Guru MB Kelantan atau Pemangku Sultan Kelantan.

12.45 maka Tengahari di Pantai Irama Bachok - Persembahan Kebudayaan.
4.00 ptg -Sukan Bermotosikal di Stadium Kota Bharu

8.30 malam - Grand Dinner bersama MB di Gelangang Seni, Kota Bharu.
9.00 malam - 50 cabutan bertuah

12.00 Cabutan Bertuah Motosikal NAZA GTR Baru & Cincin Emas Kelantan Tulin

Saturday, March 13, 2010

13 March Mesyuarat KBW Di Syam Restoran

20 Hari Lagi

Berek 12 , 13 March:

15 AJK Kelantan Bike Week Telah hadir pada Mesyuarat Khas KBW. Semua agenda penting dibentangkan semalam untuk dibawa ke Mesyuarat Peringkat Negeri yang akan di Pengerusi EXCO Pelancongan & Kebudayaan serta semua Jabatan Kerajaan yang terlibat.

Amat malang masih ada 3 Orang AJK Penting yang tidak hadir ( tidak bersebab), pada hal mereka lah yang bersungguh-sungguh pada peringkat awal. Mereka sudah lelah pada saat akhir, alangkah malangnya mereka ini.

Namun 15 Orang AJK yang hadir kelihatan penuh semaangat waja dan harus di salute pada mereka-meraka ini - Mesyuarat tamat jam 11.30 malam. Syabas

Mesyuarat AJK bersama Kerajaan Negeri 18 March ini di TIC

Wednesday, March 10, 2010

Promosi KBW Jumaat 12 March 5 ptg -Pantai Irama

Sila datang beramai-ramai

Pendaftaran Terbuka Besok Jam 5 petang

Di: Pantai Irama, Bachok

Jumpa Disana nanti

10 March Mesyuarat Kel Biker Dengan TIC dan Dato Takiyuddin Hassan

Kota Bharu 10 March 2010

Seramai 14 Orang AJK Induk KBW telah mengadakan Mesyuarat Di Dewan Mesyuarat Pelancongan Negeri Kelantan -TIC.
Mesyuarat diPengerusi Oleh: YB Dato Takiyuddin Hassan, selaku Pengerusi Peringkat Negeri Kelantan KBW, beliau juga selaku EXCO Pelancongan & Kebudyaan Negeri Kelantan Darulnaim.
Turut Hadir: Pengerusi TIC Negeri Kelantan En Shukry dan 10 AJK Induk KBW

Antara Keputusan Mesyuarat AJK Induk KBW 2010


1. Menteri Besar Kelantan setuju untuk Taja Makan Malam Kepada KBW pada 4 April
2. Dato Takiyuddin Hassan, EXCO PK Setuju Menaja Sebuah Motosikal GTR 170 untuk Hadiah Utama KBW pada Jamuan Makan Malam.
3. Kerajaan Kelantan Akan Taja Makan Tengahari kepada semua Bikers di Pantai Irama Bachok.
4. AJK BKW Setuju untuk memberi 50 hadiah cabutan bertuah pada makan malam, antara hadiah menarik topi keledar, Jaket Kulit, Bag Tali Paiggang, Bag Belakang, Jam Tangan, Cincin Emas Tulin ( Tajaan Dr Nik Omar )dan lain-lain lagi.
5. AJK Akan Bagi 2 Helai Baju T untuk Grand Dinner dan satu helai Baju untuk Ride


Mesyuarat Peringkat KBW Negeri Kelantan di TIC pada 18 March 2010


Wakil Jabatan Yang Di Akan Hadir:


YB Dato Takiyuddin Hassan, Pengerusi KBW
Yang Berbahagia Dr Nik Omar
Timbalan Pengerusi 1 Tuan Haji Shafie Hj Ismail
Setiausaha En Ahmad Shukry bin Ismail Pengerusi TIC Kelantan

AJK
Yang Dipertua MPKB-BRI
Yang Berbahagia Ketua polis Daerah Kota Bharu
Pengarah JPJ Negeri Kelantan
Pengarah Imigresen Kelantan
Pengarah Belia dan Sukan Negeri Kelantan
Pengrah Kastam Di Raja Kelantan
Pengarah Tourism Kelantan
Pengarah Hospital Besar Kota Bharu
Semua AJK Kelantan Bike Weeks

Sunday, March 7, 2010

Dataran Kuala Besut 'Mengaum' Promosi KBW


Petikan Sinar Harian: 7 hb March 2010

Dataran Kuala Besut ‘mengaum’


KUALA BESUT - Lebih 100 pemilik motosikal berkuasa tinggi pelbagai jenis termasuk dari Kelantan berhimpun menjayakan Program Silaturahim 2009, anjuran Kelab Besut Bikers (BBC) di Dataran Kuala Besut, di sini.

Kehadiran pemilik motosikal dari seluruh negeri itu bertujuan merapatkan hubungan antara peminat motosikal berkuasa tinggi, selain berbincang mengenai perancangan program permotoran berkuasa tinggi sepanjang 2010.

Pengerusi BBC, Nik Shamsuddin Nik Sulaiman berkata, agenda utama pertemuan beberapa kelab motosikal dari dua negeri itu adalah menyelaraskan pertemuan lebih besar yang dirancang diadakan sepanjang tahun ini oleh semua kelab terbabit.

“Kelab yang hadir dalam pertemuan ini adalah Kelantan Bikers dan Terengganu Bikers, sementara program besar dirancang sepanjang tahun ini, antaranya Kenali Besut, Kelantan Bikers Week, Terengganu Bikers Week serta Eastcoast Bikers Week,” katanya.

Hadir sama pada program berkenaan, Penyelaras Program Kelantan Bikers, Dr Nik Omar Nik Daud dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Terengganu Bikers, Ramdan Mamat.

Nik Shamsuddin berkata, ada antara program itu akan membabitkan kehadiran pemilik motosikal berkuasa tinggi dari luar negara seperti Brunei dan Singapura.

Menurutnya, pertemuan itu julung kali diadakan di Dataran Kuala Besut dengan konsep santai, sementara motosikal pula dikumpulkan di satu tempat.

Pada pertemuan itu juga, pemilik kenderaan tidak melepaskan peluang berkenalan dengan ahli kelab bermotor yang lain dan bertukar pandangan mengenai motosikal masing-masing bagi mengeratkan hubungan.

Thursday, March 4, 2010

Ride Ke Besut Dalam Rangka Promosi Kelantan Bike Week -Utusan Malaysia 5 March









Sebahagian penunggang motosikal kuasa tinggi yang menyertai ekspedisi Kota Bharu - Besut Sempena Minggu Kleantan Bike di Kota Bharu, baru-baru ini.


100 penunggang sertai Minggu Kelantan Bike


KOTA BHARU 4 Mac
- Lebih 100 buah motosikal berkuasa tinggi menyertai program promosi Minggu Kelantan Bike ke Besut, Terengganu yang dianjurkan oleh Kelab Kelantan Bikers di Kubang Kerian di sini, kelmarin.

Ia merupakan salah satu program yang disusun bagi mempromosikan pelancongan negeri ini di Terengganu dan Pahang.

Program itu juga akan diteruskan ke Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis sempena pelancaran Minggu Kelantan Bike pada 3 dan 4 April depan di sini.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa kelab tersebut, Ambri Khailani Zain berkata, selain daripada memperkenalkan negeri ini, menunggang motosikal juga dapat mengurangkan tekanan seharian.

Katanya, idea tersebut muncul selepas mereka beberapa kali melakukan konvoi ke beberapa tempat bersama-sama ahli kelab yang lain.

"Menunggang motosikal berkuasa tinggi, mampu mengurangkan tekanan yang dialami ketika bekerja.

"Di samping menunggang kita juga dapat memberikan sumbangan kepada negeri ini untuk menarik lebih ramai pelancong seterusnya membantu penduduk setempat mendapatkan pendapatan tambahan," katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, ekspedisi tersebut juga diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli kelab.

Sementara itu, Ambri Khailani yang juga pengarah filem Black Maria memberitahu, di jajahan Kota Bharu sahaja terdapat lebih 200 peminat yang mempunyai motosikal berkuasa tinggi berharga antara RM160,000 hingga RM 280,000.

Katanya, walaupun terpaksa membelanjakan antara RM5,000 hingga RM10,000 apabila berlaku kerosakan, tetapi ia tidak menjadi masalah untuk kepuasan sendiri.

Petikan Dari Berita Utusan Malaysia Online 5 March 2010
Sila baca terus dari laman Utusan Malaysia online, alamat dibawah

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg

Tuesday, March 2, 2010

2 March - Promosi Kelantan Bike Week

Hari in 2 March
Kelantan Bike Week ada Promosi Pendafatran Ahli KBW secara besar-besaran
Kita adakan 3 tempat pada jam 9.00 malam ini
1. Dengan Rock Rider - Pengakalan Chepa
2. Dengan PMBC di Bulanatn Pasir Pekan
3. Dengan KBC di Biker Cafe, Kota Bharu.

Semua bikers, sila pilih tempat yang paling sesuai dengan anda, kami akan pergi untuk membuat pendafatran secara roadshow kbw


13 - 15 Febuary Promosi KBW di Pattaya, Thailand.

Seramai 6 Biker kita diketuai oleh Cik Gu Mat, Cik Gu Mindan 4 biker lain telah pergi ke Burapa Pattaya Bike Week untuk promosi KBW disana , kita memberi 6 helai baju promosi KBW disana. President Thai Biker di Pattaya sendiri yang membuat announcement Jemputan Semua Thai Biker ke Kelantan. Dijangka 300 bikers Thailand akan datang.

26 - 27 Febuary: Rock Rider Promosi KBW di Penang

Seramai 20 orang Kel Bikers dari Group Rock Rider, Pengkalan Chepa telah pergi ke Pulau Pinang untuk mempromosi KBW. Mereka berjumpa dengan Presiden dan ahli Kelab Motosikal di Pulau Pinang dan Kedah dan mereka Presiden mereka Cikiong memberi jaminan mereka akan datang.

Saturday, February 27, 2010

Taiping Easy Rider Melawat Kelantan, 26 Febuary

Kota Bharu 26 Feb:

30 buah motosikal dari Taiping Easy Rider & Larut Easy Rider datang secara berkumpulan untuk mengadakan lawatan muhibbah ke Kelantan dalam rangka untuk merintis jalan untuk datang ke Kelantan semula pada 3, 4 April, " demekian kata Che Gu Bahruddin Ketua Easy Rider dari Taiping.

Kumpulan ini akan berada di kelantan selama 2 hari dan akan melawat beberapa tempat menarik di kelantan termasuk Melawat Kilang Batek, Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Pantai PCB dan Pasar Siti Khatijah.

Kedatangan mereka disambut oleh Abang Nik, Che Gu Fendi dan Mr Poh yang sedia menunggu mereka di PCB Resort.














Thursday, February 25, 2010

26 Febuary Rock Ride Pengkalan Chepa

12 Biker Kelantan dari Kumpulan Rock Rider Pengkalan Chepa telah melawat Pualau pinang dalam Rangka Promosi Kelantan Bike Week

Kumpulan ini di Ketuai oleh PakSU Eee akan berada di Pulau Pinang selama 2 hari. Mereka akan berjumpa dengan sebanyak mungkin bider dari Utara dan Pualau Pinang untuk tugasan promosi KBW

Syabas Pak Su Ee dan rombongannya.

Promosi Kelantan Bike Week di Trengganu 25 Febuary

50 Kelantan Bikers telah Ride Ke Trengganu, Besut untuk mengadakan promosi KBW.
Rombongan kami disambut oleh Besut Biker Club yang diketuai oleh Che Gu Nik , Ayah Chik, En Zahari dari BBC.
Setlah makan minum di Dataran Kuala Besut, kami ride Ke Bukit Kluang, dan petangnya pulang ke Kelantan.

Ahli Biker Trengganu akan mempromi Kelantan Bike dan akan memberi kerjasama yang tiggi untuk menjayakan KBW., demekian kata Presiden BBC Che Gu Nik.







Tuesday, February 23, 2010

25 Febuary Ride To Besut Trengganu - Promosi KBW

Seramai 25 Kelantan Bikers akan mengambil bahagian dalam Evening Ride Ke Besut untuk Makan Petang di Besut bersama Besut dan Trengganu Bikers. Bertempat di Dataran Kuala Besut.

Group Satu di Ketuai oleh Abang Nik & Che Gu Mat.

Kelantan BIker akan berkumpul dan berlepas jam 3.30 petang di Dataran Pasar Kubang Kerian, Jalan Wakaf Stan.

Group Ke 2 Di Ketua oleh Bad dan lain-lain akan berlepas jam 4.30 petang dari Dataran Pasar Kubang Kerian.

Mana-mana bikers yang tidak sempat ikut kami, boleh pecut dan jumpa di Dataran Kuala Besut.

Sunday, February 14, 2010

Recommended Cheap Hotel in KOta Bharu for KBW

Find Hotel / Accommodation / Book Now

http://www.tripadvisor.com/SmartDeals-g298285-Kota_Bharu_Kelantan-Hotel-Deals.html

Budget Accommodation in Kota Bharu


http://www.travellerspoint.com/budget-accommodation-en-ci-625.html

Recommended Hotel For KBW
Kindly book early and make your own reservation as soon as possible.

1. renaissance hotel kota bharu

2. royal guest house kota bharu Tel 09 743 0008
3. ridel hotel kota bharu 09 747 7000
4. riverview hotel kota bharu 09 743 9988
5. temenggong hotel kota bharu 09 748 3844
6. suria hotel kota bharu
7. hotel raudah kota bharu
8. pacific hotel kota bharu 09 745 6555

East Coast Bike Meet - 13 - 14 Febuari 2010 di Kelantan








Acara Tahunan 3 Kelab Moto Di Pantai Timur
3 East Coast Biker Club Meet This Year at Kelantan
Last Year at Pahang
2008 at Trengganu.

Kita-kira 50 peserta mengambil bahagian. Peserta mula ride di D Coconut Inn dekat PCB terus ke Pasir Mas - Sarapan Pagi di Air Muleh, terus ke Rantaui Panajng - shopping 1 jam dan melawat Masjid Beijing di Rantau Panjang terus ke Tumpat dan makan tengahri di Pantai Sri Tujoh Tumpat.
Malam ada dinner di Coconut Inn, PCB

Friday, February 12, 2010

Borang Penyertaan Kelantan Bike Week 3, 4 April 2010

Sila Isi Borang
Untuk Penyertaan Kelantan Bike week
KEL BIKERS
NO.122 Gelang Mas, Meranti, 17010 Pasir Mas, Kelantan, Malaysia

Application To Join Kelantan Bike Week



Nama / Name:……………………………………………….………………..

Address:…………………………………………………………………

………………………………………………………………………….

Nama Klub / Name of Club If Any……………………………….………

No Pendaftaran / Bike Registration No:…………………………………

E mail Address:…………………………………………………………..

Bayaran:/ Payment: RM 70 per person For KBW Only

Jumlah Peserta/ Bayaran
: .........................
Size Baju: XXL / XL / L

Hotel Sendiri / Your Own – You may select any hotel on your own choice

Hotel Remommended For Kelantan Bike Week

1. Renaissance Kota Bharu Hotel
2. kelantan trade centre

Request For Special Price for KBW
Other Hotels
http://www.2camels.com/budget-accommodation/kota-bharu.php


Payable to: KEL BIKER
MayBank Acc No: 5530 1012 8303

When You Bank In Call : Abe Bad: 0199444420
Tolong bagi bagi melalui e Mail: fahom2009@hotmail.com
c.c. badrul_3322@yahoo.com

Tuesday, February 9, 2010

Expresi Para Penunggang Motosikal Perempuan




A SMS Message from London, UK

Adam From London, has sent a message that he is coming to join Kelantan Bike Week in April 2010.

From Adan-dany86, UK

Saturday, February 6, 2010

Liputan Berita Ride Jelajah Kelantan Dalam Sinar Harian Keluaran 6 Feb 10

Baju T Baru Untuk Promosi Kelantan Bike Week 2010 Untuk Di Jual












T Shirt Promosi Versi Baru Untuk kelantan Bike Week Untuk Di Jual dengan Harga RM 18 satu helai. Boleh didapati dengan Abe Bad 019 9444420. Kami cetak hanya 100 helai sahaja. Siapa dulu dia dapat.

Baju T Shirt Untuk Ride Jelajah kelantan 5 Feb - Sudah Habis Stok











T Shirt ini dicetak khas untuk Ride Jelajah Kelantan pada 5 Febuary 2010. Pihak Pengurusan Kelantan Bikers keluar hanya 250 helai sahaja. Semuanya sudah habis dan tidak akan dicetak semula.

Kelantan Bikers sudah keluar satu lagi edisi Baju T versi baru dan boleh didapati dengan Abe Bad 019 9444420 harga RM 18 sahaja.

Friday, February 5, 2010

Lady Bikers from Kelantan Dalam KBW Jelajah kelantan 5 Feb



Mek boleh naik ko moto besor tu, ko dok posing sajo.
Jangan lupa 3, 4 April nanti, posing kena kuat lagi....





Geng Lady 's Biker kelantan ni hati-hati sikit
Jangan jeling-jeling bahaya tau......