Monday, December 14, 2009

Yamaha Star Riders dari Brunei Juga Akan Turut Serta Dalam Kelantan Bike Week

RE: Kelantan Bike Festival 2010.‏
From: zai md (zaias_71@hotmail.com)
Sent: Monday, 14 Dec, 2009 2: 15 PM
To: fahom2009@hotmail.com


Wsalam Dr Nik,

Saya menerima Surat jemputan Tuan bagi acara KBF 2009.
Saya sangat berbesar hati dan berterima kasih diatas jemputan tersebut. Memang telah menjadi hasrat dan cita cita kami di Brunei untuk dapat menunggang motosikal di Semananjung Malaysia dan juga Kelantan.
Insyaallah jika semua yang dirancang berjalan dengan lancar kami akan berkunjong ke Kelantan April ini.
Untok makluman Dr. di Brunei ada terdapat beberapa buah Persatuan Motosikal yang sah berdaftar dengan kerajaan, ada ada juga kumpulan2 atau kelab kecil yang tidak berdaftar akan tetapi aktif membuat aktibiti riding dsb.

Bagi program yang saya dan kawan kawan rancang ini adalah bagi Yamaha Star Rider saja, ia itu penunggang Yamaha jenis Star seperti Dragstar, V Star, Roadstar, Roadliner dan Raider S dan V Max. Dan kami di support olih BM Supply Motor Sdn Bhd ia itu agent menjual motosikal di Brunei Darussalam.
Saya juga dengar yang ada persatuan motosikal lain pun berminat untuk mengikuti acara KBF2009. Insyaallah saya akan sampaikan kepada mereka mengenai program KBF2009.

Sekian Terima Kasih

Yang Benar
Asmali Hj Mohamad

--------------------------------------------------------------------------------
From: fahom2009@hotmail.com
To: zaias_71@hotmail.com
Subject: RE: Kelantan Bike Festival 2010.
Date: Mon, 14 Dec 2009 00:19:39 +0800

Kepada

Yang Berbahgai Tuan Asmali Hj Mohamad
BM Supply Motor Sdn Bhd
Brunei darulsallam

Tuan

Per: Jemputan Rasmi ke 4th kelantan Bike Weeks &
1st Asean Bike Gathering di Kelantan Darulnaim pada 3, 4 April 2010

Sukacita saya menjemput tuan serta ahli-ahli dari Persatuan tuan untuk menyertai
4th kelantan Bike Week & 1st Asean Bike Gathering pada 3 & 4 April 2010
bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV di kota Bharu, kelantan.

Adalah satu lembaran baru persahabat Malaysia khusunya Kelantan & Brunei dapat dijalin
dengan Majlis Bike Gathering ini.

Oleh itu saya bagi pihak jawatakuasa KBW amat bernbangga dan berbesar hati sekiranya
pihak persatuan tuan dan juga semua ahli kelab motodsikal Brunei darussallam dapat datang
ke festival yang julong-julong kali diadakan sempena pada majlis
Keputeraan DYMM Al Sultan Kelantan pada 30 & 31 marc 2010.

Kami menunggu kedatangan rombongan tuan

Sementara itu tuan boleh lawat laman kami

http://kelantan-bikers.xaper.com
atau
http://kelantan-bikers.blogspot.com

Kami akan hubungi tuan lagi akan datang.

Saya menunggu tuan di Kota Bharu April 2010

Saya yang benar,

Prof Dr Nik Omar
Pengerusi KBW 2010.





--------------------------------------------------------------------------------
From: zaias_71@hotmail.com
To: fahom2009@hotmail.com
Subject: Kelantan Bike Festival 2010.
Date: Tue, 8 Dec 2009 16:34:34 +1200

Assalammualaikum

Terlebih dahulu saya kenalkan diri saya, nama Asmali Hj Mohamad dari Brunei Darussalam.
Saya ada terbaca dalam website yang Kelantan akan adakan Bike Week 2010 pada 3 dan 4 April 2009.
Saya ada lah salah seorang pengunggang motosikal besar di Brunei Darussalam. Saya selalu buat program untuk Yamaha owners di Brunei ekspedisi ke Sabah dan Sarawak. (Baru saja pulang hadiri Sabah Bike Festival 2009 4-6 Disember 2009)
Kebetulan saya ada rancang nak buat trip jelajah semananjung Malaysia pada bulan April 2010.(Dalam 20 buah) Mungkin dalam seminggu dua ini saya dah nak mulakan meeting dengan peserta2 dan sponsors.
Jika semua setuju saya teringin juga nak join your festival. Kalau tidak keberatan boleh tak hantar fax atau email jemputan kepada kami, supaya senang berurusan dengan pihak disini.

Kepada

BM Supply Motor Sdn Bhd
Beribi Gadong
Negara Brunei Darussalam.

Perhatian
Asmali Hj Mohamad
6738717172 (Hp)
0128710771 (Msian Line - sms only)

Sekian lah sahaja dan saya harap akan mendapat berita dari Kelantan.

Terima Kasih

Asmali Hj Mohamad.

No comments:

Post a Comment