Sunday, March 7, 2010

Dataran Kuala Besut 'Mengaum' Promosi KBW


Petikan Sinar Harian: 7 hb March 2010

Dataran Kuala Besut ‘mengaum’


KUALA BESUT - Lebih 100 pemilik motosikal berkuasa tinggi pelbagai jenis termasuk dari Kelantan berhimpun menjayakan Program Silaturahim 2009, anjuran Kelab Besut Bikers (BBC) di Dataran Kuala Besut, di sini.

Kehadiran pemilik motosikal dari seluruh negeri itu bertujuan merapatkan hubungan antara peminat motosikal berkuasa tinggi, selain berbincang mengenai perancangan program permotoran berkuasa tinggi sepanjang 2010.

Pengerusi BBC, Nik Shamsuddin Nik Sulaiman berkata, agenda utama pertemuan beberapa kelab motosikal dari dua negeri itu adalah menyelaraskan pertemuan lebih besar yang dirancang diadakan sepanjang tahun ini oleh semua kelab terbabit.

“Kelab yang hadir dalam pertemuan ini adalah Kelantan Bikers dan Terengganu Bikers, sementara program besar dirancang sepanjang tahun ini, antaranya Kenali Besut, Kelantan Bikers Week, Terengganu Bikers Week serta Eastcoast Bikers Week,” katanya.

Hadir sama pada program berkenaan, Penyelaras Program Kelantan Bikers, Dr Nik Omar Nik Daud dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Terengganu Bikers, Ramdan Mamat.

Nik Shamsuddin berkata, ada antara program itu akan membabitkan kehadiran pemilik motosikal berkuasa tinggi dari luar negara seperti Brunei dan Singapura.

Menurutnya, pertemuan itu julung kali diadakan di Dataran Kuala Besut dengan konsep santai, sementara motosikal pula dikumpulkan di satu tempat.

Pada pertemuan itu juga, pemilik kenderaan tidak melepaskan peluang berkenalan dengan ahli kelab bermotor yang lain dan bertukar pandangan mengenai motosikal masing-masing bagi mengeratkan hubungan.

1 comment:

  1. Hari Jumaat: 5 March Road Show Promosi Kelantan Bike Week di Pantai Geting, Tujoh, Tumpat. 70 Kel Bikers mengambil bahagian.

    Sabtu: 6 March: Semua baju untuk event Kelantan Bike Week sudah siap untuk diedarkan pada 3, 4 April, Syabas !!

    ReplyDelete