Saturday, September 12, 2009

HOG Malaysia Berbuka Puasa di Titiwangsa, Kuala Lumpur







**
Kuala Lumpur 12 September 2009

Seramai kira-kita 45 ahli Harley Davidson Owner Group - HOG Malaysia Chapter telah berkumpul untuk Majlis Berbuka Puasa di sebuah Restoran Villa Ala Kampong diatas bukit Jalan Melawati, KL

Turut serta kurang lebih 10 ahli Klub Harley Davidson dari Johor. Mereka katanya datang khas dari Muar untuk menghandiri Majlis berbuka Puasa yang dianjurkan oleh HOG Malaysia.

Selepas berbuka ahli HOG semuanya bersama-sama solat Magrib di surau yang disedia khas oleh Cafe tersebut dimana imamnya terdiri dari Abang Nik ( Dr Nik Omar).
Selesai solat, ahli-ahli kembali semula ke meja makan dan habiskan makanan yang masih ada kemudian kita mengadakan mesyuarat 'tergempak' konon rencana mahu ke mana selepas program ini. Dato Wan Adil ada dua program besar, katanya satu menghala ke China dan satu lagi menghalan ke Kemboja, itu untuk program tahun depan. Ada juga rencana mau ke Indonesia. Abang dengar saja, kalau kesempatan ingin juga ikut serta. Wallahualam.

Rata-rata pemilik harley Davidson bukanlah 'sombong' seperti tomahan. Itulah salah anggap dari bikers lain terhadap pemilik Harley. Mungkin kerana dek bunyi exhaust harley yang sengaja di besar-besar agar bunyinya menderu, (bunyi tu yang mahalnya) lalu rakan bikers lain, udah anggap bikers Harley 'agah' Bukan begitu bang, dekatilah kami dan kami tetap akan sambut salam bradderr !

Setelah mengucapkan selamat tinggal dan bersalaman kami meninggalkan cafe tersebut sekitar jam 9.00 malam.

No comments:

Post a Comment