Thursday, November 19, 2009

Kembara Johor - Padang Ke Kelantan Pada 19 Nov 2009

Kota Bharu 20 Nov 2009

Seramai 70 buah motosikal kuasa tinggi telah datang ke Kelantan pada pagi ini. Mereka disambut oleh 10 buah Kelantan Bikers yang tunggu kedatangan mereka di Besut.
Rombongan Kelab Motosikal Besar Johor ini diketua oleh Hajim Rahim atau lebih dikenali sebagai Haji Rock, seorang Presiden kelab Biker Johor yang agak aktif dan masih kuat semangat kembara.

Romobongan Kembara Johor-Padang ini adalah dalam rangka Charity Ride untuk mengutip Derma Mangsa Gemnpa Bumi di padang, Indonesia.

Selepas makan tengahari yang ditaja oleh Jabatan Belia Negeri kelantan, mereka terus kan kembara ke Perlis.
Dalam ucapan alu-alaun Tuan Haji Mahtar, Timbalan pengarah Belia Dan Sukan Kelantan telah memuji semangat Biker Johor.
Ucapan juga disampaikan oleh Pengerusi Kelantan Bikers Dr Nik Omar serta Preiden Kelab Motosikal Johor.

Semuga semangat persahabat Antara Johor - kelantan kekal.
Biker Johor menjemput untuk Johor Biker Week pada 26, 27 dan 28 Desember 2009 di Johor Baharu.

Sementara Pengerus Kelantan Bike Week memjemput Bikers Johor untuk datang menyertai Kelantan Bike Week 2010 di kelantan pada 3 & 4 April 2010.






Kota Bharu, Kelantan 20 Nov 2009

No comments:

Post a Comment