Saturday, November 7, 2009

Perjumpaan Dengan Ketua Kelab CBX



Foto sebahagian Ahli-Ahli CBX

Rantau Panjang 5 Nov 2009
Berita dari Abang Nik { Wartawan bebas)

Jam tepat 9.00 pagi aku bersama Arripin RAMD sampai di Rantau panjang untuk bertemu dengan wakil Kelab CBX yang diketuai oleh 'Uncle' dan anak buah dia Captain dan Imran. Ini diatur oleh YB Kosim.
*
Sebaik aku sampai 3 orang ahli kembara kelab tersebut mula sampai di Restoran sebelah 7 Elevan dengan motosikal CBX mereka dan diikuti oleh Kosim, seorang ahli Kelantan Bike Week 2010.
*
Dalam percakapan , aku agak terkejut kerana ahli-ahli kelab tersebut panggil "Yang berhurmat" kepada Kosim ( Dalam otak aku terfikir, bila pula Kosim jadi wakil rakyat ?)
*
Termenung sekejap, Baru aku terlintas bahawa Kosim pernah bertanding piliharaya lepas atas tiket bebas, tapi kalah, sebab itulah dia orang panggil Kosim YB.
Heeem naik se'cekut pangkat Kosim.

Kembali kepada topik asal pertemuan, Kita menjemput ahli kelab CBX seramai 40 orang untuk hadir ke Kelantan Bike Week pada 3, 4 April,2010. Pada dasarnya President kelab tersebut 'Uncle" memberi jaminan akan hadir memeriahkan majlis kita.

sesiapa yang ingin tahun cerita lebih lanjut tentang kelab ini boleh layari laman
http://www.cbxclub.my

No comments:

Post a Comment