Saturday, January 2, 2010

Perjumpaan Kelantan Bikers di Tumpat 30 Desember 2009

Tumpat kelantan:
sebagai penutup tirai tahun 2009, satu Majlis Biker Meet telah diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Marin di Tumpat, Kelantan. Seramai kira-kira 70 bikers hadir pada majlis ini yang dijemput khas oleh DSP Tan, selaku Komandan Pengakalan Polis Marin, Jajahan Tumpat.

DSP Tan dalam ucapannya meyatakan bahawa tugas dan tanggunjawab Polis Marin ialah menjaga perairan Malaysia. Polis ialah sahabat, bukan musoh. Jangan salah anggap bahawa polis adalah musoh kamu, tugasan kami ialah menjaga 'keamanan negara dan menjaga perbatasan negara ini dari diceroboh oleh musoh-musoh atau para penjahat.

Tujuan diadakan majlis ini ialah untuk berkenal-kenalan dengan kelantan Bikers agar kita dapat berkersama saling bantu membantu.

Dalam ucapan berasingan Pengerusi kelantan Bikers Dr Nik Omar telah dijemput untuk berucap , yang kemudiannya diwakilkan oleh Che Gu mat sebagai setiausaha Kelantan Bike week untuk berucap. Che Gu Mat telah memberi penerangan yang secukupnya kepada Bikers dimana kita perlu bersatu dan kerja keras bagi menjayakan Kelantan Bike week 2010.

Upcara Cabutan Bertuah diadakan dan sebanyak 10 hadiah misteri telah diberikan kepada Bikers Bertuah.

No comments:

Post a Comment